Tentang Kami
Pakar Solusi Ruang Tamu Anda
Team yang mereka, membuat dan memasang setiap kabinet dengan tangan sendiri.
Cerita UTECH Interior
Kami bermula dengan satu matlamat mudah — memberi keluarga Malaysia akses kepada kabinet berkualiti kilang pada harga yang berpatutan. Hari ini, UTECH Interior beroperasi dari kilang sendiri di Bandar Teknologi Kajang dan menyiapkan projek di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Nilai dan Seremban.
Setiap projek bermula dengan perbincangan. Kami dengar keperluan anda, ukur ruang sebenar, cadangkan layout dan material yang sesuai, kemudian hasilkan design 3D supaya anda nampak hasil akhir sebelum kerja bermula.
- Kilang & workshop sendiri
- Team installation dalaman
- Warranty untuk setiap projek

Nilai Kerja Kami
Custom Made Ikut Ruang Rumah Anda
Setiap design dihasilkan mengikut ukuran sebenar ruang supaya hasilnya lebih ngam, kemas dan praktikal digunakan setiap hari.
Berpengalaman Lebih 20 Tahun
Pengalaman bertahun-tahun dalam custom made cabinet dan interior membuatkan kami faham pentingnya detail dan kemasan akhir.
Kilang Sendiri Di Kajang
Semua proses bermula dari kilang kami sendiri di Bandar Teknologi Kajang — lebih mudah mengawal kualiti dan jadual kerja.
Tukang Mahir & Berpengalaman
Di sebalik setiap projek ada team tukang yang teliti dalam menghasilkan pemasangan yang lebih kemas dan rapi.
Design Moden & Practical
Kami gabungkan elemen design moden dengan fungsi harian supaya ruang bukan sahaja cantik, tetapi selesa digunakan.
Dari Design Hingga Siap Pasang
Consultation, design, production di kilang sehingga installation akhir di rumah — semuanya diuruskan oleh team kami.
Bagaimana Kami Bekerja
Consultation
Berbincang keperluan, gaya dan bajet anda melalui WhatsApp atau di showroom.
Ukur Tapak
Team kami datang ukur ruang sebenar supaya design benar-benar padan.
Design & Quotation
Anda lihat design dan harga terperinci sebelum apa-apa kerja bermula.
Production Di Kilang
Semua panel dipotong dan dipasang di kilang kami di Kajang.
Installation
Pemasangan di rumah oleh tukang kami sendiri, kemas dan tepat pada masa.
